nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

Tarik minat generasi muda

KUALA LUMPUR: Persembahan pentas sempena sambutan Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia 2011 hari ini akan mengetengahkan garapan yang berbeza seiring hasrat menarik minat generasi muda menghayati erti kemerdekaan.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli berkata, acara kemerdekaan kali ini akan memaparkan kejayaan dikecapi menerusi keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) khusus dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Katanya, terdapat dua komponen utama pada acara itu termasuk upacara keberangkatan tiba pembesar negara seawal jam 7 pagi selain perbarisan serta perarakan berlangsung kira-kira 90 minit.
“Komponen kedua membabitkan acara persembahan terbahagi kepada beberapa segmen iaitu Rukun Negara, kejayaan transformasi 1Malaysia, kesejahteraan negara bangsa tanggungjawab bersama dan transformasi berjaya rakyat sejahtera.

“Antara bakal menarik perhatian penonton ialah persembahan penceritaan mengenai Rukun Negara selama 13 minit oleh 2,500 pelajar melalui gerakan formasi mengenai lima prinsip Rukun Negara, diikuti persembahan padang dan jalan bertemakan ‘Rakyat Asas Perpaduan’ oleh pelbagai kaum.

“Buat pertama kalinya juga persembahan bersepadu kawad dan tempur oleh 400 anggota keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diadakan, berbanding persembahan berasingan pada tahun terdahulu. “Seramai 1,900 generasi muda dalam pasukan ketenteraan akan terbabit dalam persembahan tempur dan bukan tempur pada kali ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...