nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday, 16 September 2011

Suhakam sambut baik pemansuhan ISA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berharap kerajaan terus komited dalam melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, keputusan untuk memansuhkan ordinan-ordinan darurat, ISA dan akta sekatan lain telah lama ditunggu-tunggu dan sentiasa didesak oleh Suhakam sejak ia ditubuhkan.

"Pengumuman yang amat dialu-alukan ini bertepatan bagi semua rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Malaysia dan merupakan langkah positif terhadap usaha memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...