nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Sirte diserbu dari 3 arah

WADI BEY (Libya): Pejuang yang setia kepada kerajaan baru Libya menyerbu bandar Sirte dari tiga arah, semalam, dalam serangan besar-besaran ke atas tempat kelahiran dan satu daripada kubu paling kuat terakhir Muammar Gaddafi.
Majlis Tentera Misrata berkata, sehingga petang semalam, pejuang mereka datang dari tiga penjuru dan tiba di Jambatan al-Gharbiyat di daerah Sirte.

Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Fathi Bashaga, pula berkata jumlah tentera yang tiba di Sirte adalah besar.
Katanya, satu pasukan masuk ke Sirte melalui jalan pesisir pantai di barat, manakala satu lagi dari selatan.

“Masih berlaku penentangan tetapi pejuang NTC akan berjaya mengatasinya,” katanya.

Kata Fathi, pejuang NTC diserang menggunakan pelbagai senjata, termasuk mortar 40mm dan 43mm.

Sumber tentera pula berkata, setakat ini hospital di Misrata menerima seorang “syahid dan lima yang lain cedera” hasil pertempuran di Sirte.

Sebelum ini, pejuang NTC menaikkan bendera mereka di pinggir Sirte.
Kenyataan majlis tentera NTC berkata, mereka menaikkan bendera berkenaan di sebuah stesen minyak terakhir sebelum bandar Sirte.

Satu konvoi pejuang bergerak dari Misrata kelmarin sebelum berpecah di persimpangan bandar Abu Qurin sebelum menghampiri Sirte.

NTC berkata, konvoi mereka dengan kekuatan sehingga 900 kereta perisai itu digerakkan untuk membebaskan bandar Sirte dan “menaikkan panji-panji kemerdekaan.” Konvoi itu juga dilaporkan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting, termasuk makanan, bekalan air bersih dan peluru. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...