nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

Rumah mayat penuh

JAZAN (Arab Saudi): Menteri Kesihatan Dr. Abdullah Al-Rabeeah, telah memberhentikan Pengarah Hal Ehwal Kesihatan di Jazan Dr. Mohsen Tibaiqi dan jawatannya telah digantikan oleh Dr Hamad Al-Aksham, perunding pediatrik di Hospital Raja Fahd.
Tidak dijelaskan mengapa Dr Mohsen yang sudah tujuh tahun memegang jawatan itu diberhentikan, tapi orang ramai percaya ia disebabkan semua rumah mayat di hospital penuh dengan mayat yang tidak dikenali.

Penduduk bandar dan ada laporan mengatakan, trak sejuk beku digunakan sebagai tempat menyimpan mayat sementara.
Kata mereka, ramai yang mahukan Dr. Mohsen dipecat kerana tahap kesihatan di Jazan yang semakin jatuh. Rumah mayat di bandar itu penuh hingga tidak dapat menampung keperluan lagi.

Pegawai kesihatan membuat keputusan untuk menggunakan peti sejuk dan trak sejuk beku yang biasanya digunakan untuk menyimpan ais dan makanan sebagai tempat simpanan mayat sementara.

Menurut sumber, terdapat 300 mayat yang tidak dikenali di rumah mayat hospital dan jumlah mereka sudah melebih 150 peratus daripada kapasiti. Sebahagian daripada mayat ini disimpan sejak bertahun-tahun lamanya.

Ali Muhammad, seorang pekerja di universiti di Jazan berkata, dia ke hospital untuk menuntut mayat seorang ahli keluarganya dan telah diarahkan untuk ke trak sejuk beku yang diletakkan bersebelahan dengan tong sampah.

“Mayat-mayat seperti dicampak saja dalam trak itu. Langsung tidak menghormati mereka yang sudah meninggal dunia,” katanya. “Kami tidak diberikan dengan peralatan keselamatan seperti sarung tangan atau topeng oksigen apabila masuk ke dalam trak itu untuk mengambil mayat,” katanya lagi. - AM

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...