nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Rumah kedai hangus terbakar di Pelabuhan Barat

PELABUHAN KLANG: Sederet lima buah rumah kedai di kawasan perindustrian Bandar Armada Putra di Lorong Sungai Chandong 12 A, Pelabuhan Barat, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Lebih 10 letupan dilaporkan turut berlaku. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata siasatan awal mendapati kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu dipercayai bermula dari stor simpanan minyak hitam di deretan premisn berkenaan.

Beliau berkata, seramai 50 anggota bomba bersama lima jentera dari lima balai bomba iaitu Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Shah Alam, Bukit Jelutong dan Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik mendapat pangilan kira-kira 3.30 petang.

Katanya, 40 anggota bomba dan penyelamat Pelabuhan Barat turut membantu operasi memadam kebakaran selain pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang menambah tekanan air untuk melancarkan kerja-kerja mengawal api
dari merebak.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan mengecilkan kawasan terbakar menjelang jam 6 petang serta mengurangkan letupan yang berlaku dipercayai akibat minyak hitam yang disimpan di premis berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sehingga jam 7.30 malam tadi api masih marak namun berjaya dikawal oleh pihak bomba.

Seorang warganegara Nepal yang bekerja di kilang plastik berhampiran, Arjun Ramm, 32, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat ketika sedang bekerja dan sebaik keluar ternampak api menjulang tinggi.

"Saya terkejut letupan sangat kuat dan terus lari keluar dengan 10 kawan lain ke kawasan lapang di bahagian hadapan kilang," katanya.

Hakim Luqman, 19, penduduk Flat Baiduri yang terletak 200 meter berhampiran lokasi kejadian berkata, dia sedang berehat di rumahnya di tingkat tiga apabila ternampak kepulan asap dari tingkap bilik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...