nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday, 16 September 2011

Penyokong Gaddafi kebulur

NICOSIA: Kerajaan baru Libya bertindak membiarkan penyokong setia Muammar Gaddafi kebuluran dalam usaha menawan mereka.
“Kehidupan seharian di kubu penyokong Gaddafi di Sirte dan Bani Walid amat sukar,” kata Mussa Ibrahim, jurucakap dan juga sepupu bekas pemimpin Libya itu dalam temuramah dengan saluran televisyen Arrai Oruba yang berpangkalan di Syria.

“Mereka membiarkan penduduk di daerah itu kebuluran bagi memaksa orang ramai menyerah diri.
“Mereka memotong bekalan elektrik dan air serta laluan bekalan di samping menghalang makanan dan ubat-ubatan daripada masuk. Ia secara sengaha melanggar peraturan antarabangsa,” kata Mussa yang tidak memberitahu kedudukannya. Beliau bagaimanapun berkata, Gaddafi sihat dan semangatnya tetap tinggi tetapi tidak mendedahkan lokasinya.

Gaddafi sebelum itu merayu dari tempat persembunyiannya agar masyarakat antarabangsa membantu penduduk di bandar kelahirannya, Sirte, yang dikepung oleh tentera yang setia kepada kerajaan baru Libya.

“Adalah menjadi tugas dunia untuk tidak membiarkan Sirte bersendirian dan semua pihak perlu melaksanakan tugas antarabangsa mereka dan datang serta-merta untuk menghentikan jenayah ini,” kata Gaddafi dalam mesej yang disiarkan Arrai.

Dalam pada itu, Mussa juga memberitahu pertempuran di Sirte semakin hampir.

“Kami sudah sedia untuk berperang walaupun ia akan berlarutan selama beberapa tahun. Sebahagian besar wilayah di selatan dan barat masih lagi di bawah penguasaan pihak berkuasa Libya yang sah,” katanya.
Sementara itu, kerajaan baru Libya memperoleh lebih banyak sokongan antarabangsa semalam ketika mereka menantikan kunjungan pemimpin Britain dan Perancis. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...