nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 16 September 2011

Kali pertama lihat wajah adik

SEBELUM pembedahan, Joshua dan Jacob tidak pernah melihat  satu sama lain.
SEBELUM pembedahan, Joshua dan Jacob tidak pernah melihat satu sama lain.
MEMPHIS: Mereka adalah pasangan kembar yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada Januari, enam minggu lebih awal dari tarikh mereka sepatutnya dilahirkan.
Dan bercantum pada pangkal tulang belakang menjadikan peluang kanak-kanak itu untuk hidup semakin tipis.

Dalam apa yang dianggap sebagai keajaiban bidang perubatan, Joshua dan Jacob Spates selamat selepas menjalani pembedahan selama 13 jam untuk memisahkan mereka.
   
  • Foto SAAT Jacob dan Joshua melihat satu sama lain buat kali pertama.
  • Foto FILEM imbasan MRI menunjukkan bagaimana kembar itu bercantum.
Dan gambar menunjukkan, kedua-dua beradik itu yang selama ini tidak pernah melihat satu sama lain, akhirnya boleh berbuat demikian.

Kembar berusia lapan bulan dari Memphis, Tennessee itu berterusan menjalani pemulihan di bawah pengawasan doktor. Bagaimanapun, mereka sudahpun mengatasi apa yang mungkin menjadi penghalang terbesar yang akan mereka hadapi.

Kembar itu bercantum di bahagian belakang pelvis dan salur gastrousus perlu dipisahkan kerana keadaan jantung Joshua yang teruk.

Ibu kanak-kanak itu, Adrienne Spates berkata, pasangan kembar itu sihat sejak menjalani pembedahan pada 29 Ogos lalu.

Jacaob masih berada di bawah penjagaan rapi dan perlu menjalani beberapa pembedahan lagi sementara Joshua sudahpun dikeluarkan dari unit itu serta dipersiapkan untuk dibawa pulang.
Dr Max Langham, antara pakar bedah di Hospital Kanak-Kanak La Bonheur di Memphis berkata: “Joshua sihat dan kami berharap dia akan menjalani kehidupan normal.

“Walaupun Jacob mempunyai masalah jantung yang serius, pasukan kardiologi kami menaruh harapan yang tinggi rawatan yang diberikan terhadapnya akan berjaya.

“Jika tidak dipisahkan, umur mereka mungkin setakat setahun atau dua lagi.” — Agensi

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...