nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

JAIS tunggu Khalid pulang serah laporan kes siasat gereja

SHAH ALAM: Laporan siasatan berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, baru-baru ini sudah siap dan akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sebaik beliau pulang dari lawatan di Jerman.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin, berkata laporan mengenai pemeriksaan ke atas kehadiran beberapa umat Islam pada majlis keagamaan di gereja itu siap selepas mengumpul maklumat mencukupi termasuk menerima keterangan daripada pelbagai pihak.
“Kini kami hanya menunggu masa untuk menyerahkannya kepada Menteri Besar kerana beliau masih berada di Jerman dan dijangka pulang tidak lama lagi,” katanya ketika ditanya mengenai laporan itu pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 September lalu hingga hari ini (16 September) bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini.

Marzuki turut mengesahkan kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober depan tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang akan didakwa.

Isu pemeriksaan JAIS di DUMC menjadi hangat apabila ada pihak mendakwa tindakan penguat kuasa agama itu keterlaluan dan mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada ahli politik.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, mempertahankan tindakan penguat kuasa JAIS atas alasan ada bukti majlis keagamaan berkenaan yang turut dihadiri beberapa umat Islam menghina agama dan melanggar peruntukan undang-undang mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Beberapa pihak lain pula termasuk Menteri Besar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilaporkan tidak sependapat, menyaksikan beberapa pihak lain terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengkritik menteri besar dan membuat beberapa laporan polis.

Menteri Besar sebelum ini juga dilaporkan media sebagai berkata, laporan penuh mengenai kejadian itu dijangka diserahkan JAIS kepadanya selepas Aidilfitri lalu.

Sementara itu, mengulas dakwaan kebocoran maklumat dan laporan JAIS berhubung isu itu seperti tersiar dalam beberapa blog baru-baru ini, Marzuki menafikan ia dilakukan kakitangannya sambil menegaskan JAIS tetap menganggap laporan atau maklumat dimiliki sebagai rahsia.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...