nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

Bosan hidup dengan Jennifer

GAGAL BERTAHAN.. Pitt bersama Jennifer di Cannes, Perancis pada 2004.
GAGAL BERTAHAN.. Pitt bersama Jennifer di Cannes, Perancis pada 2004.
LOS ANGELES: Brad Pitt menggambarkan rumah tangganya dengan Jennifer Aniston sebagai pengalaman membosankan berbanding hidupnya bersama pasangan terkini, Angelina Jolie.
Dalam temu bual dengan majalah Parade, Pitt berkata, dia kini menjadi “lelaki yang puas” apabila hidup bersama Angelina.

Bintang filem Moneyball itu berkata, hidup bersama Angelina dan bersama-sama membesarkan enam anak lebih menarik berbanding berkongsi hidup dengan Jennifer selama lima tahun.
“Saya sedar, selama ini saya cenderung mencuba menjayakan filem mengenai hidup yang menarik, tetapi hakikatnya hidup saya sendiri tidak menarik,” katanya.

Menurut Pitt, 47, perkahwinannya dengan Jennifer menyumbang kepada masalah itu.

Katanya, dia berpura-pura kononnya perkahwinan dengan Jennifer memang bahagia tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya.

Pitt dan Jennifer - binatang siri komedi Friends - berkahwin pada 2000 dan dia sentiasa enggan bercakap mengenai bekas isterinya itu sejak berpisah pada 2005.

Dalam temu bual dengan Parade, Pitt berkata, dia menghabiskan masa pada era 1990-an untuk menyembunyikan dirinya daripada dunia selebriti.
“Ketika itu, saya mula bosan dengan hidup saya,” katanya.

Sementara itu, Pitt berkata, dia tidak akan berkahwin dengan Angelina selagi undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis diterima secara meluas di Amerika Syarikat.

Pitt dan Angelina tinggal bersama sejak lebih lima tahun lalu.

Kata Pitt, dia bertegas dengan keputusannya untuk tidak berkahwin sehingga peraturan berkenaan dipinda.

“Kami hanya akan berkahwin apabila semua orang boleh berkahwin,” katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...