nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 17 September 2011

600 warga asing dan penjenayah ditahan

JEDDAH: Kira-kira 600 warga asing yang tinggal lebih masa dan penjenayah dikehendaki ditahan di Jeddah dalam satu siri operasi yang dijalankan oleh polis berbekalkan maklumat orang ramai, minggu ini.
Jurucakap polis Jeddah, Brigedier Misfer Al-Juaid berkata, “Minggu ini saja kami menahan 42 orang warga asing yang tinggal lebih masa. Mereka yang ditahan termasuk dalam 624 orang yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah.”
Penjenayah yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan seperti mengedar dadah, menjual arak, mencuri kereta, menipu wang, melindungi pendatang haram dan berniaga tanpa lesen.

Serbuan itu dilakukan di Kilometer 3, Al-Baghdadia, Bani Malik, Al-Sabeel, Al-Rawabi dan kawasan Anakish.


‘Beberapa orang yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mereka dihantar ke pusat tahanan warga asing. Mereka yang disyaki melakukan jenayah pula ditahan dalam tahanan polis bersama barang bukti yang ditemui ketika serbuan,” kata Misfer.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...