nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Remaja kuat marah hilang kawan


Saya remaja lelaki yang mempunyai sifat buruk iaitu kuat marah. Saya benci sikap itu tapi tidak tahu bagaimana mengatasinya. Adakalanya tanpa apa-apa sebab, saya naik marah. Namun, selepas itu, saya akan menyesal.

Saya sering kehilangan rakan kerana sikap kuat marah itu. Keluarga sering menasihati agar saya membuang sikap berkenaan, bimbang saya akan hidup berseorangan. 
Tolonglah saya untuk membuang perasaan marah ini. 
MUDAH MARAH, 
Kuala Lumpur.

Manusia secara psikologinya mempunyai pelbagai perasaan, antaranya marah. Mempunyai perasaan marah adalah normal namun ia menjadi masalah apabila kita gagal mengawal perasaan itu. 

Individu yang gagal mengawal marah secara psikologi bukan saja akan menjadi seorang yang tertekan dan kecewa malah fikirannya bercelaru dan menjejas kesihatan. 

Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan elak memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan. 

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah dalam Islam ialah: 

1. Sifat marah datangnya daripada syaitan. Manusia perlu memohon perlindungan Allah seperti membaca kalimah taawuz. 

2. Orang yang marah ketika berdiri, hendaklah duduk. Jika sedang duduk, hendaklah berbaring. Berwuduk dan sebaik-baiknya solat sunat. 

3. Marah boleh dikurangkan dengan mengingati Allah seperti berzikir dan berselawat. 

Marah juga disebabkan sesuatu peristiwa atau seseorang. Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Sifat pemaaf mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. 

Jika benar-benar adik tidak dapat mengawal perasaan marah, berjumpa dengan pakar sakit jiwa atau kaunselor kerana banyak teknik pengurusan kemarahan boleh diaplikasikan ke atas adik.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...