nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Kaki aurat wanita


Adakan pemakaian stoking bagi wanita untuk menutup auratnya wajib atau tidak? Saya banyak mendengar pendapat ustaz mengatakan stoking tidak wajib dipakai seorang wanita bagi menutup auratnya daripada dilihat kaum ajnabi.

Seperti dinyatakan semua ustaz, tidak wajib memakai stoking kerana kain yang labuh menutupi kaki seseorang. Namun bila difikirkan kembali, kain yang menutupi kaki adalah sewaktu seseorang berdiri tanpa berjalan. 
Apabila wanita melangkah, sebahagian kakinya akan terlihat. Itu yang menjadi kemusykilan pada saya. Maksudnya sewaktu wanita berjalan, kakinya tetap terlihat oleh kaum ajnabi. Lagi-lagi bila wanita itu memakai sandal. Saya perlukan jawapan tepat dan terperinci. 
SITI 
Klang, Selangor


Ulama mempunyai pandangan dan tafsiran berbeza namun mereka adalah mujtahid yang datang dengan dalil sah dalam hal ini. 

Tidak perlu menyatakan satu pandangan lebih muktamad, benar atau lebih baik atau lebih tepat daripada yang lain. Ini kerana sikap merasa paling benar sendiri bukan ciri ulama. 

Apalagi sampai mencaci maki ulama lain yang berbeza, bahkan sampai menuduh bid’ah dan membongkar aib dan kekurangan masing-masing. 

Semua bukan ciri dari seorang yang berilmu, sebaliknya menandakan kurangnya fahaman seseorang. Di sinilah terletak perbezaan asasi antara ulama dengan orang awam yang sedikit ilmu. 

Seorang yang banyak ilmunya memiliki sekian banyak wawasan dan mudah menerima dan memaklumi perbezaan pendapat daripada orang lain. 

Sebaliknya, seorang yang kerdil ilmu mudah melemparkan tuduhan. Seolah-olah di dunia ini hanya dirinya yang benar, sedangkan orang lain salah. 

Berikut saya perturunkan pandangan ulama yang berbeza dalam hal ini. 
  • Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita tidak termasuk dalam lingkungan aurat. 
  • Mazhab Maliki dalam pendapat muktamad mengatakan kaki bukan aurat. 
  • Mazhab Syafi’e pula mengatakan ia sebagai aurat. 
  • Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat. 

    Ia boleh merujuk kepada kitab Feq ala Mazahib Arbaah juz 1 muka surat 584 dan Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya, “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa albait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms 198)
  • No comments:

    Post a Comment

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...