nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Sukar lupa arwah tunang


Tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan. Sehingga kini, saya masih tidak dapat melupakannya. Selepas kematian arwah tunang, saya bertemu dengan A yang bekerja berhampiran pejabat saya. A banyak membantu saya dari segala aspek termasuk kewangan, tenaga, dan memberi semangat untuk terus hidup.

A ingin mengikat pertunangan dan saya bersetuju kerana sudah banyak menerima pertolongan daripadanya. Saya perlu membalas jasa A yang banyak membantu. Untuk pengetahuan Dr, saya tiada perasaan padanya walaupun saya cuba untuk belajar mencintainya, namun tidak berjaya. Yang ada ha­nya perasaan saya pada arwah tunang. 
Apa yang perlu saya lakukan? Saya semakin buntu kini. 

GADIS MERANA,
Sarawak 


Sesungguhnya cinta itu sesuatu yang indah dan syahdu. Cinta kepada insan yang amat disayangi memang sukar dilupakan kerana saat-saat ketika bersama arwah tunang adalah sebahagian dari kehidupan adik. 

Cinta adik dan arwah tunang membawa seribu kenangan. Kematiannya meragut segala impian indah adik untuk bersamanya. Namun, hidup perlu diteruskan. Kini adik sudah mempunyai insan yang mencintai adik. Adik bertuah kerana mempunyai insan yang sanggup menjadi pelindung adik ketika susah dan senang. 

Cinta memang sukar dipaksa. Adik tidak boleh berpura-pura dalam mencintai A. Berilah peluang, ruang dan masa untuk adik belajar mencintai A. Jika cinta terhadap A masih tidak juga hadir, adik perlu berterus terang dengannya. 

Cinta A, terhadap adik akan tetap subur jika dia sanggup memberi masa dan ruang untuk adik secara perlahan-lahan belajar melupai bekas tunang. 

Sesungguhnya, masa adalah penawar terbaik bagi mengubati segala rindu terpahat di hati.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...