nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Ibu sengaja cari kesalahan


Saya pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di Melaka. Saya ada masalah dengan ibu kerana suka mencari kesalahan saya. Kami sering bergaduh akhir-akhir ini.

Pada masa sama, saya juga terbabit pergaduhan dengan rakan baik. Dua masalah ini membuatkan jiwa saya sangat tertekan. 
Paling membimbangkan apabila ada rakan mengatakan saya sering bercakap sendirian di sekolah. 

Kepala saya juga tiba-tiba sakit yang teramat seperti ada kilasan kilat melalui otak saya. Kadangkala saya mendengar bunyi yang membuatkan kepala saya sakit.

Apa yang harus saya lakukan? Pembelajaran saya terganggu, tidak boleh fokus terhadap pelajaran dan risau dengan keadaan sebenar saya.


Tertekan, 
Melaka
 

Nampaknya memang banyak masalah yang adik alami me­nyebabkan Dr kurang pasti mengapa adik mengalami gejala berkenaan. 

Cuma yang pasti, adik sememangnya memerlukan pertolongan kerana ia mengganggu pembelajaran hingga adik berpotensi boleh menghadapi masalah kemurungan. 

Tanda yang menjurus kepada perasaan kemurungan sudah wujud seperti sering ketawa, marah dan sedih tanpa sebab. 

Dr nasihatkan adik berjumpa pihak yang dapat membuat diagnosis atau pemeriksaan tepat untuk menentukan sama ada adik mengalami tanda abnormaliti iaitu kecelaruan tingkah laku. 

Menerusi pemeriksaan yang tepat pastinya boleh membantu adik mengenal pasti masalah sebenar yang adik alami. 

Adik juga boleh berjumpa doktor perubatan, kemudian boleh merujuk kepada ahli psikologi. 

Lakukan segera bagi memastikan keadaan adik tidak melarat, apatah lagi pada tahun depan adik akan menghadapi peperiksaan besar. Ini bagi memastikan tumpuan kesihatan dan pembelajaran adik tidak terganggu.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...