Saya baru ditinggalkan kekasih setelah lapan tahun menyulam cinta. Dia sudah ada pengganti. Dia mengenali kekasih baru menerusi kakaknya lalu meninggalkan saya dengan alasan kami tiada jodoh.
Kami bercinta sejak zaman sekolah lagi. Sekarang umur saya 24 dan dia pula 23 tahun. Hampir sebulan saya menangis dan memujuk rayu agar dia kembali, namun dia tak mengendahkannya.
Ketika dia mengikuti pengajian diploma, banyak masa saya habiskan bersamanya. Malah kami banyak kali terlanjur sehingga dia mengandung. Namun dia gugurkan dan bersama teman lelaki baru.
Saya pernah mengajaknya berkahwin tetapi dia enggan dan terus meninggalkan saya. Saya terasa hidup terlalu kosong dan berharap dia kembali. Bantulah saya Dang Setia, bagaimana saya ingin meneruskan hidup tanpa dia.

WAN
Kuala Lumpur
Lupakan si dia dan mulakan episod cinta baru yang lebih baik. Perkara pertama saudara perlu lakukan ialah kembali ke pangkal jalan dan tidak melakukan perkara sama iaitu terlanjur dengan teman wanita apabila kembali berkasih.
Biarlah dia dengan teman lelaki baru dan saudara perlu sedarkan diri si dia tidak akan kembali. Cari kenalan baru dan adakalanya pengalaman perit seperti ini mengajar diri saudara matang dalam bercinta.
Saudara lelaki dan seharusnya lebih rasional dalam percintaan. Jangan letakkan emosi dalam pertimbangan kerana ia hanya memburukkan lagi situasi saudara. Ubati luka saudara dengan meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan.

No comments:
Post a Comment