nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Trauma dengan cinta lampau

Saya putus cinta enam tahun lalu dan teman lelaki saya curang lalu mengahwini rakan saya. Saya terlalu kecewa sehingga kini tidak berani menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Perasaan kecewa dan marah masih bergumpal dalam hati biarpun perkara itu sudah lama berlalu. Malah, biarpun mereka sudah lama berkahwin, sehingga kini masih belum mendapat cahaya mata. 
Saya berasa sangat bersyukur dan menganggap itu balasan terhadap apa mereka lakukan. Apa perlu saya lakukan untuk membina keluarga sendiri, sedangkan dalam hati sudah tiada lagi perasaan cinta. 
ROSE 
Sunway, Selangor


Apabila menyimpan segunung harapan pada cinta yang hanyas sempat bertahan pertengahan jalan, ia sangat melukakan. Tambah pula saudari berasa dikhianati apabila rakan merampas kekasih hati. 

Bagi Dang Setia, enam tahun membuku rasa hanya perbuatan sia-sia. Buka lembaran baru dengan memilih teman hidup baru. 

Bimbang episod lalu berulang, pinta bantuan keluarga mencari pasangan serius mengahwini saudari. Jangan persiakan masa dalam percintaan melainkan menyuburkan perasaan itu atas komitmen ikatan pernikahan. 

Selain mengubati luka lama, mungkin kisah percintaan selepas perkahwinan lebih membahagiakan saudari.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...