nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Siswa sukar bangun pagi


Saya menghadapi masalah untuk bangun pagi. Saya mohon bantuan Dr kerana sebagai pelajar di universiti, kuliah saya banyak diadakan pada waktu pagi. Ini menyebabkan saya banyak kali tidak hadir kuliah sehingga saya diberi surat amaran oleh pensyarah.

Saya juga selalu ketinggalan solat Subuh kerana lewat bangun. Saya harap Dr dapat beritahu saya resipi bagaimana hendak bangun awal. 

SUKAR BANGUN PAGI 
Kuala Lumpur

Menunaikan solat Subuh adalah wajib. Tanggungjawab sebagai pelajar universiti antara lainnya ialah menghadiri kuliah. Apabila adik bersetuju menerima tawaran belajar di universiti, antara perkara utama yang adik perlu lakukan ialah menghadiri kuliah.

Waktu kuliah memang berbeza me­ngikut kelas. Ada kuliah yang diadakan pada waktu pagi. Adik tidak boleh me­ngelak menghadiri kuliah pagi kerana jadual waktu ditetapkan oleh pihak universiti. 

Untuk bangun awal supaya tidak meninggalkan solat Subuh dan tidak lewat ke kuliah, adik boleh melakukan beberapa perkara. 

Jam loceng boleh menjadi kawan setia. Adik perlu menentukan pukul berapa adik ingin bangun dengan mengunci jam loceng. 

Kedudukan jam loceng juga penting kerana jika jam loceng diletakkan terlalu hampir dengan tempat tidur, ia dengan mudah dapat dicapai. 

Ada kemungkinan adik akan terus memberhentikan bunyinya. Bunyi loceng juga perlu kuat supaya adik boleh terjaga apabila terdengar deringannya. 

Tulis dan tampal nota di tempat yang mudah untuk dilihat untuk mengingatkan adik mengapa perlu bangun awal. Tulis sebab yang penting. Contohnya jika adik meninggalkan solat wajib, adik berdosa. 

Seterusnya, adik tidak akan dapat menduduki peperiksaan jika kehadiran ke kuliah tidak memuaskan. Kesannya adik tidak dapat menamatkan pengajian. Seterusnya, fikir apa akibatnya jika tidak dapat menamatkan pengajian. 

Tidur yang cukup amat penting untuk kesegaran badan. Tidur awal. Jika adik tidur awal, kemungkinan untuk bangun awal pun tinggi. Selalunya orang yang ­tidur lewat lebih sukar untuk bangun pagi. 

Adik juga perlu mempunyai motivasi yang kuat untuk bangun pagi. Tetapkan motivasi itu dan beritahu diri apakah kebaikan jika adik dapat bangun pagi.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...