nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Trauma dengan lelaki


Saya penuntut di salah sebuah universiti awam di ibu kota. Saya mengalami masalah iaitu berasa takut apabila berada dekat dengan lelaki. Ceritanya bermula hampir lima tahun lalu di mana saya hampir-hampir dirogol oleh salah seorang pekerja lelaki berdekatan rumah saya. Di mata saya, mereka adalah penjahat yang akan menerkam mangsanya pada bila-bila masa saja.

Sebelum peristiwa itu, saya tiada masalah berhadapan dan bergaul dengan mereka. Malah, sewaktu kecil, kawan saya ramai yang lelaki dan saya gembira dapat berkawan dengan mereka. Mereka juga baik terhadap saya. Kini segala perasaan saya terhadap lelaki berubah daripada suka kepada takut. Ada kalanya juga saya berasa trauma meng­ingatkan peristiwa hampir dirogol. Ketika itu jugalah tiba-tiba perasaan takut saya terhadap semua lelaki wujud. 
Buat masa sekarang, adalah tidak wajar untuk saya menghukum mereka sedemikian kerana mereka tidak berbuat apa-apa salah dengan saya. Bantulah saya Prof untuk membuang stigma pemikiran yang kolot ini kerana zaman sekarang kita tidak akan terlepas untuk bekerjasama dengan mereka dalam bidang apa sekalipun. 

INSAN BUNTU,
Perak 


DR dapat merasai tekanan yang adik alami. Peristiwa adik hampir dirogol membentuk pemikiran bahawa semua lelaki adalah ‘jahat’. Satu peristiwa pahit membentuk pemikiran tidak rasional adik sehingga ia menimbulkan ketakutan kepada kaum Adam. 

Benar kata adik, zaman sekarang adik tidak akan terlepas untuk bekerjasama dengan lelaki dalam bidang apa sekalipun. Justeru, adik perlu membuang stigma pemikiran yang kolot ini. 

Sikap adik yang tidak mahu menghukum lelaki kerana mereka tidak bersalah adalah satu sikap yang baik. Dr amat menghargai­nya. Dr harap keinginan untuk mengubah pemikiran yang salah terhadap lelaki dapat membantu adik mempunyai sikap dan pemikiran positif terhadap mereka. 

Mengubah pemikiran tidak rasional kepada rasional bukanlah mudah. Ia memerlukan latihan dan ke­sungguhan diri yang kuat. 

Adik perlu mengubah pemikiran tidak rasional adik dengan menyatakan peristiwa adik hampir dirogol oleh seorang lelaki memang menakutkan, tetapi tidak bermakna semua lelaki jahat. Namun, adik perlu juga berhati-hati dalam tingkah laku dan kata-kata supaya peristiwa hitam adik hampir dirogol tidak akan berulang. 

Rasionalkan pemikiran adik dengan mengatakan lelaki yang cuba merogol adik tidak menggambarkan ting­kah laku semua lelaki. Sama seperti perkara lain, ada baik buruknya. Lelaki juga ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Ramai lelaki baik yang tidak akan mengganggu adik dalam apa juga bentuk, sama ada dari sudut percakapan atau ting­kah laku. 

Jika adik berasa sukar untuk mengubah pemikiran tidak rasional ini, adik boleh luahkan perasaan ketakutan itu di atas kertas. Adik juga boleh berkongsi perasaan takut itu de­ngan kawan, saudara atau mana-mana pihak yang adik amat percaya. Kaunselor di tempat adik belajar adalah individu yang adik boleh jumpa untuk mengurangkan ketakutan berdekatan dengan lelaki.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...