nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Rakan menjauh, suka perli

Saya mempunyai seorang kawan bernama A. Dulu saya rapat dengan dia tapi sekarang dia berubah sikap dan seperti membenci diri saya.

Pada masa sama, saya juga berkawan baik dengan seorang sahabat lain bernama L yang juga mengenali A. Sepanjang pengetahuan, kami tidak mempunyai masalah dengan A, namun yang peliknya A suka sangat mengutuk kami. 
Saya kecewa dengan sikap A dan pernah bergaduh dengannya dan tidak bertegur sapa selama sebulan. Saya dan L tidak faham apa sebenarnya yang A mahukan dan ada kalanya saya beranggapan A memang ada masalah mental. 

PENING KEPALA,
Kuala Lumpur 


Sahabat memang seorang yang sangat penting dalam kehidupan. Mereka yang baik memberi ruang kepada individu untuk mencungkil dan memperkembangkan potensi diri. Selain itu, seorang sahabat sejati memenuhi sebahagian kesejahteraan psikologi individu. 

Tanpa sahabat, individu boleh rasa kehilangan sebahagian dirinya kerana kehidupan memerlukan individu untuk berhubung dengan individu lain. 

Jika individu, elemen dalam kehidupannya terpisah antara satu sama lain, sukar baginya untuk menjadi insan yang sejahtera emosi dan psikologinya. 

Dalam diri manusia, secara psikologi, ada perasaan ingin dihargai, dipunyai serta disayangi. Justeru, apabila mana-mana perasaan ini kekurangan, individu akan kehilangan sesuatu dalam hidupnya. 

Ia seperti terdapat ruang kosong dalam dirinya. Ruang kosong yang terbiar lama jika tidak diisi berupaya memberi tekanan dan konflik diri. 

Dalam konteks persahabatan, sikap jujur dan saling menghormati amat penting. Sikap ini jika tidak dibaja dan dihargai boleh menjadikan persahabatan bertukar menjadi kepada permusuhan. 

Sahabat baik juga menghargai sahabat lain dan tidak menceritakan keburukan sahabatnya. Apa yang berlaku dalam konteks persahabatan adik dengan A ialah tidak berlakunya interaksi yang harmoni antara adik, A dan L. Tingkah laku menegur dan memperli A terhadap adik dan L di khalayak ramai adalah elemen yang mengubah persahabatan menjadi konflik. 

Dalam usaha memberi satu konteks berbeza dalam perhubungan persahabatan adik dengan A, sikap jujur dan berterus terang boleh membantu. Adik boleh berterus terang dengan A menjelaskan perasaan ketidakpuasan adik. 

Secara berhemah dan jujur, jelaskan perasaan tidak puas hati adik kepada A. Perbincangan ini boleh membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk memahami apa yang berlaku. Ini termasuk perasaan tidak puas hati adik. 

Jika A masih tidak dapat menerima luahan adik, boleh memikirkan alternatif lain dengan masih membina hubungan baik dengan A, tapi lebih berhati-hati dalam persahabatan itu. 

Elak daripada peristiwa yang boleh membuka ruang untuk A memperli adik dan L di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...