nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Jejaka tidak cukup duit untuk kahwin

SOALAN
Saya berumur pertengahan 20-an dan bekerja selama tiga tahun. Saya lulusan universiti dan mempunyai kerjaya yang agak baik.

Memandangkan saya bekerja di bandar besar, perbelanjaan hidup seharian juga agak tinggi, saya mengaku sering keluar dengan rakan-rakan untuk makan di luar. Mungkin ini antara sebab mengapa saya tidak dapat menyimpan wang. 
Saya mempunyai seorang teman wanita yang baik dan kami berkenalan sejak setahun lalu. Saya tiada masalah dengan dirinya malah keluarga saya merestui perhubungan kami. Pejabat kami berhampiran dan kami selalu juga berjumpa. 

Hubungan cinta sama cinta kami membawa keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Kami merancang untuk berkahwin secepat mungkin untuk mengelak perkara tidak baik berlaku.

Masalahnya, saya masih tidak cukup duit untuk berkahwin. Saya amat risau kerana tidak tahu bagaimana menyimpan duit dengan lebih berkesan supaya dapat digunakan untuk perkahwinan. Bantulah saya mencari penyelesaian ini.

JAWAPAN
Dr menghargai niat suci adik untuk berumah tangga. Adik dan teman wanita sudah agak lama berpasangan. Sudah tiba masanya kasih sayang kalian berdua diikat dengan satu ikatan yang suci. 

Individu yang ingin mendirikan rumah tangga boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini seperti maksiat. Dr empati dengan masalah adik yang masih tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk berkahwin. 

Jika adik benar-benar serius untuk berkahwin, cuba usahakan sebuah majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan adik. 

Adik perlu merancang kewangan adik untuk tujuan perkahwinan tersebut. Buat satu pelan simpanan dan dapatkan nasihat dari institusi kewangan atau pakar kewangan dalam perkara ini. 

Adik juga boleh membaca buku berkaitan. Sikap jimat cermat boleh membantu adik dalam menguruskan simpanan untuk tujuan perkahwinan dengan baik. 

Saidina Umar berkata: "Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah SAW orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah SAW berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah." (Hadis riwayat Al-Tirmizi ) kaunselor dapat mengurangkan tekanan hidup. Mencari riadah yang bersesuaian, beribadah juga amat membantu. 

Dr harap kehidupan yang adik lalui akan menjadi guru terbaik untuk melangkah dan terus melangkah tanpa rasa putus asa akan kehidupan. Setiap ujian dan dugaan akan sentiasa hadir di setiap detik. Apa yang lebih penting ialah untuk bangun dan bangkit melawan segala dugaan dan kegagalan.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...