nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Kekasih berlainan agama ajak buat perbuatan terkutuk


Saya seorang remaja dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pahang. Saya kini bercinta dengan gadis berbangsa asing dan cinta kami bermula hampir empat tahun lepas.

Dia seorang gadis yang comel dan baik, malah saya mengaku sejak bercinta dengannya banyak perubahan positif berlaku ke atas diri saya. 
Hubungan dengan keluarga semakin baik, malah saya makin rajin belajar. Dia juga menunjukkan minat mempelajari Islam dan ada ketika­nya dia menyentuh bab kahwin. 

Saya cuma melayan kata-katanya saja kerana saya belum bersedia untuk berkahwin memandangkan kami masih belajar.

Pada awal perhubu­ngan kami semuanya seperti biasa, tapi setahun lalu, perangai dia mula berubah dan sering berbicara lucah sama ada melalui panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas mahupun ketika berjumpa.

Masalah lain pula timbul pada tahun ini apabila dia mula meraba saya dan makin berani mengajak melakukan hubungan terlarang. Pernah suatu hari dia berkelakuan sungguh kurang sopan dan mengajak saya menidurinya. Saya menolak dengan baik kerana saya bukan seperti lelaki lain yang suka mengambil kesempatan. 

Saya ada menceritakan perkara ini kepada rakan dan mereka membuat andaian yang kekasih saya itu cuma mahu melihat sejauh mana kesetiaan saya kepadanya. Saya ada bertanya kepada dia adakah perkara ini sekadar untuk menguji, tapi dia menafikan. 

Saya semakin tertekan. Saya masih sayangkan dirinya, tapi saya juga tidak mahu terlanjur membuat perkara yang dilarang agama. Bantulah saya, 


PELAJAR BAIK BUDI, 
Pahang
 

Cinta itu sesuatu yang indah, tapi janganlah sampai ia membebankan sehingga menyebabkan akidah diri terpesong. Cinta kalau memotivasikan adalah sesuatu yang mekar berkembang. Namun, jika cinta hanya membawa kepada kerosakan, ia adalah perlu dielakkan. 

Persoalan yang diutarakan adik memang bukan mudah. Ia antara cinta dan sayang dengan pendirian diri. Ia juga berkaitan antara apa yang baik dan salah dalam agama. 

Dalam konteks ini, adik dan kekasih perlu saling memahami peranan yang dimainkan, Begitu juga apa yang boleh dan apa tidak boleh dilakukan. Jika satu pihak menginginkan satu perbuatan atau tingkah laku yang tidak dipersetujui oleh pihak lain, ia perlu dibincangkan bersama. 

Dalam masalah adik, terangkan juga mengapa adik tidak mahu terlanjur de­ngan kekasih. Terangkan ia adalah satu perkara yang dilarang agama. Keputusan yang dibuat penting kerana ia akan mempengaruhi hala tuju perhubungan cinta kalian. Kata hikmah cinta iaitu “yakinlah bahawa keputusan anda hari ini akan berpengaruh terhadap apa yang akan anda alami pada masa datang”. 

Kata bijak cinta Islam, Imam Al Ghazali wajar adik ikuti. Pepatah beliau ialah, “yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu kerana jika gagal di kendalikan kita akan menjadi penghuni neraka”. 

Itu adalah kata-kata orang bijak yang boleh memandu adik me­ngait jalinan cinta yang suci.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...