nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Dicemburui adik beradik sendiri

Saya remaja perempuan berusia 19 tahun dan anak bongsu daripada lapan adik-beradik. Saya mempunyai enam kakak dan seorang abang. Kami boleh dikatakan manja dengan emak dan segala keperluan sejak tadika, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah emak yang sediakan.

Saya pula memang suka belajar dan sentiasa mendapat tempat terbaik di dalam kelas. Ini membuatkan emak bangga dengan pencapaian saya dan sentiasa memberi hadiah jika saya belajar bersungguh-sungguh. 
Ia mendorong saya terus berusaha mendapatkan keputusan baik dalam pelajaran. Kemahuan saya juga dituruti emak sehingga kini tetapi tidaklah semuanya. Saya memahami kemahuan saya susah dipenuhi oleh emak disebabkan kakak dan abang berasa iri hati. 

Mereka menimbulkan isu emak pilih kasih disebabkan saya mendapat ganjaran. Malah mereka sanggup bermasam muka dengan ibu dan saya disebabkan perkara itu. Adakah itu salah saya?

EYLLA, 
Johor Bahru
 

Hasad dengki lahir sebaik melihat adik sering diberi ganjaran oleh ibu adalah barah dalam hubungan adik-beradik. 

Seharusnya kakak serta abang tidak menyimpan perasaan demikian kerana ganjaran diberikan bukan sebarangan tetapi bersyarat. 

Sewajarnya ia mewujudkan persaingan sihat di kalangan adik-beradik yang mana perasaan cemburu itu memberi dorongan serta mencabar kakak serta abang berusaha meningkatkan pencapaian mereka. 

Seorang ibu memberi token kepada anak untuk menaikkan semangat adalah inisiatif baik. 

Kakak serta abang adik sepatutnya berfikir secara matang dan tidak beremosi kerana adik layak menerimanya. 

Cadangan Dang Setia, mungkin kongsikan ganjaran diberikan mengubah persepsi ibu mengutamakan adik. 

Selain itu, ibu adik perlu memainkan peranan menasihati dan menerangkan mengapa ganjaran diberikan kepada adik, setidak-tidaknya membuatkan kakak serta abang adik faham.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...