nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 5 August 2013

Hal remeh punca sengketa


Saya gadis berusia 23 tahun dan bakal mengakhiri zaman bujang September depan. Saya mengenali bakal suami menerusi laman sosial dan yakin dia sesuai sebagai pasangan hidup saya.

Namun semakin hampir tarikh majlis besar itu, saya bimbang kerana kami sering bergaduh hal remeh. Dia sudah berubah dan bukan pasangan ideal yang saya gambarkan. Ini menyebabkan saya tawar hati serta tidak pasti keputusan mengahwininya tepat. 

UMAIRAH 
Muar, Johor

Cemas dan panik menyebabkan ketegangan wujud apabila saudari serta pasangan berbincang mengenai persiapan perkahwinan. Mungkin tiada kesepakatan dan tidak mencapai persefahaman menyeluruh menyebabkan isu remeh mampu mencetuskan konflik rumit.

Ambil tempoh bertenang dan berbincang dengan sebaik mungkin supaya isu yang kecil dapat diselesaikan dengan baik. Usah menuding jari mahupun meninggikan suara ketika berbincang kerana ia memberi kesan lebih buruk kepada hubungan saudari dan bakal suami. 

Nasihat Dang Setia, jangan meletak skala terlalu tinggi serta sempurna pada bakal suami kerana tekanan itu terbeban di bahu sendiri. Adalah lebih baik mendoakan jodoh saudari serta bakal suami berpanjangan. 

Pinta sokongan daripada bakal suami dan keluarga, bukan mengarah mahupun terus menekan dia menjadi pasangan idaman yang diidam saudari. Hubungan baik ialah memberi serta menerima pasangan seadanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...