nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Pelajar risau tiada keyakinan diri

SOALAN

Saya pelajar di universiti tempatan dan mempunyai masalah besar. Saya tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Sering kali semangat saya jatuh merudum dan ketika itu saya merasakan amat payah untuk bangun semula.

Ketika pembentangan atau tutorial, saya kerap kali berasa tidak keruan dan tidak yakin dengan apa yang saya buat, walaupun sudah berusaha sebaik mung­kin. 
Fikiran saya sering pesimistik dan negatif. Apa yang orang lain buat saya rasakan semuanya lebih baik daripada saya. 

Saya selalu juga cuba menepis fikiran negatif di dalam diri tetapi sering kecundang. Bantulah saya agar mendapat keyakinan diri yang tidak mudah rapuh dan istiqamah selalu walau dalam apa keadaan sekalipun.
JAWAPAN
Keyakinan diri adalah antara asas kejayaan hidup. Ia perlu wujud di dalam diri individu yang ingin mencapai kejayaan. Sekiranya rasa yakin diri semakin hilang, sering kali pemikiran negatif dan andaian palsu akan menguasai individu terbabit. 

Cara pemikiran positif dan berfikir secara rasional perlu ada dalam mengembalikan keyakinan diri. 

Ada ahli psikologi yang berpandangan manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. 

Albert Ellis melalui teori rasional emotif tingkah laku berpandangan, manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya berasa terganggu dan gangguan ini bukanlah disebabkan sumber luaran, tapi berpunca daripada diri individu itu sendiri. 

Andaian atau anggapan bahawa orang lain buat lebih baik, walaupun ada kalanya banyak menghukum diri adalah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai semangat untuk adik berusaha lebih keras lagi. 

Keyakinan diri juga boleh ditingkatkan melalui kaedah psikologi. Antara kaedah psikologi yang boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan diri ialah melalui mekanisme bela diri. 

Sublimasi adalah satu bentuk mekanisme bela diri untuk melepaskan tenaga agresif di dalam diri individu dalam bentuk yang paling baik serta positif dan boleh diterima. 

Contohnya, persa­ingan dalam prestasi akademik adalah sub­limasi terhadap motif agresif. Banyakkan mendengar ceramah dan membaca buku mengenai motivasi untuk meningkatkan tahap keyakinan diri adik. Akhir kata, Dr doakan yang terbaik untuk adik.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...