nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Anak tak sah taraf murung kerap didera

SOALAN
Saya anak sulung daripada tiga beradik dan lahir hasil hubungan terlanjur ibu bapa saya.
Saya menjadi mangsa penderaan ibu bapa sejak kecil kerana mengingatkan saya kepada dosa mereka. 


Kenapa mereka tidak bunuh saja saya sebaliknya membela saya hingga kini? Usia saya sudah mencecah 17 tahun tapi masih menjadi mangsa pukul bapa apabila bergaduh dengan ibu. 

Saya pernah lari dari rumah tetapi ditangkap lalu dihantar ke rumah.

Kemudian saya dipukul bapa dengan teruk. Apabila mengadu kepada ibu, saya dimakinya pula.

Apabila bertemu pegawai kebajikan masyarakat, mereka menasihati saya supaya pulang ke rumah. 

Mereka minta saya bersabar kerana tahun ini saya menghadapi peperiksaan penting dan andai ditempatkan di institusi, prosedur rumit akan mengganggu penempatan sekolah. 

Saya tertekan dan berasa tiada lagi guna hidup di dunia sebab semua orang bencikan saya. 

JAWAPAN
Tekanan demi tekanan dikenakan terhadap saudara oleh ibu bapa membuatkan saudara alami masalah kemurungan. 

Ia semakin teruk apabila masalah serta perasaan kecewa bercampur marah bergumpal tidak dilepaskan sehingga mempengaruhi fikiran saudara. 

Buktinya, saudara mempunyai pemikiran tidak rasional yang boleh mempengaruhi saudara melakukan sesuatu yang berisiko. 

Saranan Dang Setia, temui pakar seperti kaunselor di sekolah saudara supaya dia dapat mencari resolusi kepada permasalahan yang membelenggu hidup saudara. 

Dang Setia bimbang andai terus terjerumus dalam masalah itu terlalu lama, saudara akan berasa terlalu penat dan putus asa untuk hidup. 

Cari rakan baik untuk meluahkan masalah sebagai tempat melepaskan perasaan terbuku. 

Jangan pikul beban itu bersendirian tapi cuba luaskan pemikiran dengan mencari bahan bacaan yang dapat membantu saudara kuatkan semangat. 

Selain itu, terus berdoa semoga ibu bapa saudara dilembutkan hati supaya mereka melayan saudara sebagaimana adik-beradik lain.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...