nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Sukar tunai hasrat ayah

SOALAN

Saya pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Pencapaian saya sederhana dalam pelajaran.

Melihat kepada kemampuan diri, saya tidak menaruh harapan besar menjejakkan kaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Untuk itu, saya merencana masa depan untuk memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). 
Bagaimanapun, perancangan saya ini mendapat tentangan ayah dengan alasan yuran pembelajaran lebih murah. 

Saya bukan mahu membangkang tapi tahu tahap kemampuan saya dan tidak mahu menyusahkan keluarga yang hanya mempunyai pendapatan sederhana.

Saya tahu skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersedia tetapi tidak tahu adakah ia boleh membantu saya?

Bolehkah saya berada di IPTS kelak dengan pendapatan keluarga tidak seberapa dan keputusan yang mungkin tidak layak untuk ke IPTA? 

Saya teringin menyambung pelajaran di sebuah kolej pilihan dalam bidang seni kulinari. 

JAWAPAN


Hari ini, pilihan untuk belajar di mana-mana institusi terbuka luas selain turut bergantung pada kelayakan masuk, kursus dipohon dan minat. 

Belajar di mana-manapun pastinya memerlukan perbelanjaan dan kerana itu bantuan seperti PTPTN disediakan bagi mereka yang layak untuk memohon. 

Kecenderungan adik untuk belajar di kolej pilihan tidak salah namun masalah kewangan juga perlu diambil kira. 

Jika PTPTN tidak mencukupi, mungkin adik boleh mencari sumber kewangan sampingan seperti bekerja sambilan pada waktu cuti. Namun adik perlu pastikan ia tidak akan mengganggu pembelajaran. 

Dr gembira kerana adik mempunyai minat tinggi untuk melanjutkan pengajian kerana ilmu sangat penting dalam kehidupan. 

Masalah kewangan tidak sepatutnya menghalang adik untuk meneruskan pengajian. Adik boleh bertanya kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar tempat adik belajar nanti untuk bertanya cara menampung pembiayaan pengajian. 

Mengenai ayah, bawalah berbincang dengannya. Terangkan mengenai minat, kecenderungan serta peluang pekerjaan yang boleh diperoleh berdasarkan bidang pengajian yang ingin adik ikuti. 

Dr yakin jika adik terangkan dengan penuh pengertian, ayah adik akan mengerti sekali gus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...