nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Bosan rakan penyibuk

SOALAN

Saya berusia 21 tahun dan sedang melan­jut­kan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Pantai Timur.

Saya mempunyai se­orang rakan sama jurusan yang sangat menjengkel­kan. Biarlah saya meng­gelarnya N. Dia seorang yang sangat penyibuk dan bermulut becok kerana sering meminta saya untuk menceritakan hubu­ngan bersama teman lelaki. 
Mulanya saya anggap dia mengambil berat tapi lama-kelamaan saya bosan. Tidak mahu memanjangkan cerita, saya bercerita mengenai teman lelaki. Malangnya dia tidak pula mahu percaya dan ingin bertemu pula dengan teman lelaki saya. 

Malah, N pernah mengatakan dia tidak suka dan tidak bersetuju hubungan saya dengan teman lelaki kerana beranggapan teman lelaki seorang yang selalu tidak berduit serta tidak tampan.

Saya mengaku sering memberi wang kepada teman lelaki. Tapi N tidak harus bersikap penyibuk. Saya yang akan menang­gung akibatnya, bukan dia.

Saya bengang dengan sikap N dan sejak akhir-akhir ini pula dia suka bercakap belakang hingga­ saya menganggap tindakan itu sudah jauh melampau. Tapi apabila saya bertanya, dia memberi alasan melakukan semua itu kerana mahu menjaga hati saya. 

Apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya perlu memutuskan persahabatan dengannya? 


JAWAPAN

Selepas membaca masalah adik, boleh dibuat kesimpulan bahawa N menjadi penyibuk kerana ada asasnya. 

Pada dasarnya dan dilihat dari sudut persahabatan, N adalah seorang rakan yang baik kerana dia bersikap mengambil berat mengenai rakannya (adik) dan tidak mahu adik daripada terus dipergunakan. 

Namun, adik pula melihat sebaliknya hingga mendatangkan rasa jemu. Tentunya adik tidak mahu mempu­nyai sahabat yang hanya tahu memuji tanpa cuba melihat realiti sebenar perhubungan adik dengan teman lelaki. 

Hamka pernah berpesan: “Orang yang sengaja me­nyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.”

Dalam konteks persahabatan adik dengan N, dia berani untuk meluahkan kerisauannya (mungkin kerana dia mengambil berat). 

Apatah lagi bila teman lelaki sering meminjam duit, sedangkan adik masih lagi belajar dan tidak mempu­nyai pendapatan bulanan. N mungkin risau kerana dia pasti tertanya-tanya dari mana adik mendapat sumber kewangan. 

Sikap teman lelaki yang suka meminjam ini perlu adik selidiki dan harus melihat tabiat berkenaan dari perspektif lebih luas. 

Adik perlu menyiasat dan bertanya pada diri, adakah sikap ini kerana memang teman lelaki ada masalah kewangan atau dia hanya mahu mengambil kesempatan? 

Malah, adik juga perlu mengetahui perkara sebenar kerana ia akan terus mencorak pola perhubungan adik dengan kekasih. Kerap meminjam wang bukanlah satu tingkah laku seorang kekasih yang baik. 

Sikap N yang suka bercakap belakang boleh diperbetulkan, jika adik mengambil pendekatan untuk berbincang dengannya. Adik boleh beritahu bahawa adik tidak suka dan berasa tersinggung dengan tindakannya itu. 

Jelaskan padanya bahawa rakan yang baik tidak akan menikam rakannya dari belakang, sebaliknya akan bersikap berterus terang. 

Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seorang kekasih tidak jujur. Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan. Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. 

Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin. Persahabatan sejati akan membawa kerinduan yang abadi. 

Sebelum adik me­ngambil keputusan sama ada hendak meneruskan persahabatan dengan N atau tidak, adik perlu membuat senarai semak iaitu melihat baik buruknya kewujudan N dalam hidup adik. 

Ini kerana orang yang rugi ialah orang tidak memperoleh sahabat dan paling rugi ialah orang ditinggalkan sahabat.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...