nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Teman baik jadi musuh

SOALAN
Dr, saya mempu­nyai sahabat baik yang kini menjadi musuh. Akibat satu pertengkaran, kami kini tidak bertegur sapa.

Sejak peristiwa pertengkaran itu, saya membawa diri dan hati cukup terluka. 
Pada mulanya, saya memaafkan dia tetapi lama kelamaan saya tidak lagi mampu untuk memaafkan perbuatannya walaupun hakikatnya saya masih lagi mengambil berat terhadapnya.

Kini, saya lebih suka menyendiri. Ada yang menasihati saya untuk berbincang dengan­nya tetapi ia amat sukar untuk dilakukan kerana hati saya terlalu sakit. Apa yang patut saya lakukan? 
JAWAPAN
Dr empati dengan adik. Pepatah berbunyi ‘sahabatmu hari ini boleh menjadi seteru pada hari ­esok’ ternyata menjadi ke­nyataan. 

Kepentingan seorang sahabat memang tidak dapat dinafikan sehingga ada ahli psikologi me­ngatakan, mempunyai kawan baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal. 

Sebaliknya, persahabatan yang indah juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika kemanisan persahabatan bertukar kepada kepahitan permusuhan. 

Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama-lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dalam persahabatan. 

Ketika ini, adik dan bekas kawan baik dipenuhi dengan emosi. Berilah masa dan ruang untuk adik berdua melihat dan menilai semula persahabatan ini dari perspektif baru dan berbeza. 

Apa yang perlu dilakukan ialah melihat kepada persoalan atau isu sebenar. Penyelesaian kepada masalah adik berdua adalah satu proses berterusan. 

Justeru, adik perlu lalui kesakitan dan kepedihan ini dengan penuh tabah. Bantuan kaunseling boleh membantu mengurangkan tekanan. Carilah orang yang adik percayai untuk meluahkan perasaan. 

Apabila rasa hati dan ruang emosi sudah tenang, nilai semula sama ada adik dapat memaafkan insan yang pernah menjadi sahabat baik itu. Kesediaan adik untuk memaafkan kawan baik sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya. Hiduplah dengan jiwa persaudaraan. 

Namun, jika adik masih tidak dapat memaafkan dia, anggaplah apa yang telah berlaku sebagai satu peristiwa yang mengajar adik untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam memilih sahabat. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dulu daripada bersahabat de­ngan orang lain.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...