nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Monday 10 June 2013

Rambut palsu ganti hijab

SOALAN
Memakai rambut palsu hukumnya haram tapi tujuan saya memakainya dengan niat mengibaratkannya bagai tudung kerana tidak mahu mendedahkan rambut asli.

Pekerjaan sebagai pramugari tidak mengizinkan saya memakai tudung. Apakah hukumnya di sisi agama Islam? Adakah ia masih haram? 
JAWAPAN
Memakai rambut palsu dengan niat menutup rambut asli bukanlah menutup aurat tetapi hanya menyembunyikan rambut asli saja. Menutup aurat mempunyai makna yang jauh daripada sekadar menutup rambut.

Ia bererti menutup bahagian yang diwajibkan iaitu rambut dan semua anggota tidak boleh didedahkan kecuali muka, tangan dan kaki saja. Ia juga perlu diikuti dengan akhlak yang baik sehingga pakaian menjadi imej wanita Islam yakni disebut dalam al-Quran, pakaian takwa. Jika sekadar menutup anggota saja tetapi tidak diikut dengan akhlak Islam, ia juga belum menepati pakaian takwa.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...