nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 15 October 2011

UNTUK KAUM ADAM..TIPS UNTUK MEMBUAT PEREMPUAN JATUH CINTA

1.Menjadi pendengar setia si dia

2.Ingat perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain lagi.
... ...
3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.

4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.

5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.

6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.

7.Sentiasa berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.

8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya.

9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.

10.Berikan ‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.

11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga anda. Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.

12.Buat sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.

13.Sentiasa jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...