nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 7 October 2011

Asia kurang 117j wanita

HANOI: Peningkatan akses kepada teknologi yang membolehkan ibu bapa mengetahui jantina janin mereka menyebabkan Asia kekurangan 117 juta wanita, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.
Menurut PBB, kecenderungan itu - terutama di China dan India - dijangka memberi kesan kepada negara Asia untuk tempoh lebih 50 tahun lagi.

Pakar demografi Perancis, Christophe Guilmoto, berkata ketidakseimbangan jantina itu menunjukkan pasangan ibu bapa lebih suka mendapat anak lelaki.
“Maklumat mengenai jantina janin melalui teknologi ultrabunyi mendorong banyak pasangan melakukan pengguguran terpilih,” katanya di persidangan anjuran PBB dan Vietnam, semalam.

Di kebanyakan negara, nisbah jantina bayi yang dilahirkan berbeza di antara 104 dan 106 untuk lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan.

Bagaimanapun, kertas persidangan dikeluarkan PBB menyatakan, kadar itu meningkat di beberapa negara Asia sejak 25 tahun lalu.

Jurang perbezaan paling ketara dikesan di China dan India.

Bagi China, nisbah kelahiran sejak beberapa tahun lalu ialah 118.1 bayi lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan, manakala India 110.6, Azerbaijan 117.6 dan Vietnam 111.2.
Sementara itu, kata Guilmoto, diskriminasi pascakelahiran - diambil berdasarkan kadar kematian di kalangan bayi dan budak perempuan - tidak lenyap sepenuhnya di beberapa negara.

“Ia membayangkan kanak-kanak perempuan diabaikan secara relatif,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...