nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 7 October 2011

Pegawal keselamatan ditahan reman bantu siasatan kes samun van

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan empat lelaki pengawal keselamatan yang bertugas mengawal sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta yang dirompak di Stesen Petronas Ijok, Kuala Selangor semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah memberitahu satu sidang media di sini hari ini bahawa kesemua pengawal keselamatan yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan di Ijok pada jam 2.30 petang semalam.

"Setakat ini mereka dianggap sebagai suspek, dan ditangkap bagi tujuan siasatan ...kita ada asas buat tangkapan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian rompakan semalam, polis menerima maklumat pada jam 9.45 pagi van itu yang membawa wang tunai untuk dimasukkan ke mesin-mesin ATM disamun oleh lima lelaki di mana salah seorang daripada suspek kelihatan seperti lelaki dari benua Afrika dan empat daripadanya dipercayai warga tempatan.


"Salah seorang daripada mereka menunjukkan pistol dan melarikan van berkenaan selepas memaksa pemandunya keluar," katanya.

Van itu kemudiannya dijumpai bersama sebuah Proton Perdana disyaki digunakan dalam rompakan itu yang dibakar berhampiran sebuah kebun pisang kira-kira satu km dari tempat kejadian, katanya lagi.

Beliau juga berkata tiada tembakan dilepaskan dalam kejadian itu dan kereta Perdana itu dilaporkan dicuri sehari sebelum kejadian.

Beliau berkata stesen Petronas Ijok itu merupakan destinasi pertama penghantaran wang-wang ATM itu dan beliau enggan memberitahu dari mana van itu bertolak.

Mohd Adnan berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata api. - Bernama

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...