nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 7 October 2011

Beli syabu di warung dadah

KUALA LUMPUR: Tanpa banyak soal jawab dan sebarang kod rahsia, sesiapa saja kini mudah membeli syabu daripada pengedar kecil-kecilan yang beroperasi di sebuah warung di kawasan Chow Kit, di sini.
Beritahu jumlah wang dan dalam tempoh kurang lima minit dadah sintetik itu sampai ke tangan pembeli, biarpun individu itu kali pertama datang.

Pemantauan Harian Metro di warung kecil itu selama beberapa hari mendapati pengedar kecil-kecilan yang dipercayai warga asing sentiasa duduk di situ menunggu pelanggan.

Apabila pembeli memasuki warung, lelaki berusia 20 tahun terbabit menghampiri serta membuat tawaran.

“Berapa?” Hanya itu yang ditanya lelaki itu. Apabila pembeli memberitahu jumlah dikehendaki, lelaki terbabit ‘hilang’ sebentar sebelum datang semula bersama peket kecil plastik lut sinar berisi syabu.

Disebabkan urusan jual beli yang mudah, kawasan itu dipercayai menjadi antara tumpuan penagih syabu mendapatkan bekalan.


Harganya juga dianggap tidak terlalu mahal menyebabkan ia menjadi pilihan penagih untuk melepaskan gian walaupun kesan buruknya boleh membuatkan penagih tidak boleh tidur berhari-hari selain merosakkan sistem saraf dan otak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata pihaknya sedar mengenai kegiatan itu dan bagi memastikan ia dibanteras, polis mengambil langkah melaksanakan rondaan harian.

“Polis turut menjalankan operasi khas iaitu Ops Tapis dan baru-baru ini, menahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun serta merampas dua tiub disyaki syabu.

“Polis juga memberkas dua suspek disyaki pengedar dan merampas empat peket lut sinar serta 69 tiub dipercayai mengandungi syabu bernilai RM2,400,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki disyaki penagih ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1), Akta Penagihan Dadah 1983.

Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan terbabit dan berharap orang ramai tampil memberi maklumat dengan menghubungi Rakan Cop atau balai polis berhampiran.


p/s:bad3... mane penguat kuase???

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...