nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 8 June 2012

Pelajar tertekan tinggal di asrama

SAYA baru memasuki asrama penuh pada tahun ini dan berada di tingkatan satu. Saya amat bertuah kerana dipilih untuk meneruskan pelajaran di sekolah ini. Selepas masuk bulan kelima, emosi saya menjadi tidak stabil, kerap menyendiri dan selalu teringatkan rumah.

Mungkin ini kejutan budaya belajar di sini. Saya suka sekolah ini dan rakan-rakan, namun emosi saya tidak menentu. Ibu bapa selalu memberi motivasi dan sanggup berulang-alik menjengok saya setiap hujung minggu, tetapi keadaan saya masih tidak berubah dan amat sukar berpisah bila bertemu.
Dr, saya ingin bimbingan supaya dapat menerima hakikat belajar di asrama berbeza kalau belajar di rumah. Saya selesa di asrama tapi dalam masa yang sama amat rindukan suasana di rumah.

Rindu Rumah,

Selangor


DR gembira adik seorang pelajar yang sudah tahu betapa pentingnya ilmu dan pendidikan dalam kehidupan adik. Tahniah kepada adik kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi di mana setiap minggu akan menjenguk adik. Tentu sekali seperti adik, ibu bapa inginkan adik berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Tinggal di asrama membolehkan proses pembelajaran berlaku dengan baik. Secara psikologi, pada umur adik, perpisahan secara fizikal dan emosi dengan keluarga disayangi memang bukan mudah. Perkara ini normal berlaku kepada pelajar-pelajar yang memasuki asrama yang terpaksa berpisah dengan keluarga mereka. Perkara ini berlaku jika hubungan yang terjalin antara adik dengan ibu bapa sebelum ke asrama adalah rapat.

Hubungan yang berbentuk ini menyebabkan perpisahan emosi dan fizikal (ketika adik di asrama) menekan emosi adik. Penting bagi ibu bapa adik untuk memastikan bahawa hubungan yang dibina dengan adik tidak dipisahkan dengan serta-merta.

Jalinan emosi masih wujud, cuma dipisahkan dengan jarak. Bagaimanapun, adik masih boleh berjumpa dengan keluarga di hujung minggu apabila mereka melawat adik dan boleh menelefon mereka bila merasa rindu.

Selalunya di peringkat awal perpisahan adalah waktu yang sukar. Sebelum ini adik banyak bergantung kepada ibu bapa dalam urusan kehidupan seharian seperti melakukan kerja-kerja rumah.

Kini adik kena belajar berdikari dan keadaan di asrama tentu berbeza dengan di rumah. Perubahan berlaku dalam kehidupan adik sama ada dari segi keselesaan ataupun tanggungjawab yang perlu adik pikul. Itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Perubahan ini jika berjaya dilalui membolehkan adik menjadi lebih matang dan belajar menjadi individu yang berdaya tahan.

Secara psikologinya, jika adik dapat melalui saat-saat sukar ini dengan baik, adik dapat mengawal emosi yang stabil. Emosi yang stabil membolehkan adik menumpukan perhatian kepada pelajaran. Dalam usaha adik mengurangkan rindu kepada keluarga, penting bagi menyesuaikan diri adik dengan rakan-rakan di asrama melalui bekerjasama dan mudah akrab dengan mereka.

Bersifat aktif dengan menyertai kokurikulum boleh membantu mengalih perasaan kesunyian itu. Adik juga boleh berjumpa dengan cikgu-cikgu atau pegawai bimbingan dan kaunseling sekolah jika adik merasa tertekan.

2 comments:

  1. masalah biasa bila first time masuk asrama... member pha is dulu, siap nagis2 nk balik.. hehehe

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...