nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 15 June 2012

SUAMI ROMANTIS SEMAKIN BERKURANG?? BETUL KE? JOM BACA NI



Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.

3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

4. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

5. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

6. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

7. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

8. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...