nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 8 June 2012

Adik, tunang berpeluk di belakang ibu bapa

SAYA kakak kepada adik lelaki yang sudah bertunang. Salah seorang kakak saya juga sudah mendirikan rumah tangga dan seorang lagi berada di luar kawasan.

Masalah ini mengenai adik lelaki yang sudah bertunang itu kerana boleh dikatakan setiap hari tunangnya akan berkunjung ke rumah kami tidak mengira masa.
Apa yang membuatkan saya keliru adalah sikap bapa yang boleh dikatakan alim kerana dia seorang ahli surau. Dia seperti merelakan apa yang berlaku di depan mata tanpa membuat teguran. Contohnya, apabila adik lelaki saya dan tunangnya berbaring bersebelahan dengan sedikit jarak, kadang kala mereka bergurau dengan berpelukan di belakang orang tua saya, cara tunang adik berpakaian, datang atau pulang lewat hingga larut malam serta sering kali menginap di bilik kakak sedangkan kakak saya sudah berkahwin (walaupun suaminya akan menginap sekali sekala), ia seperti tidak menghormati hak orang lain.

Lagak mereka mengalahkan kakak saya yang sudah berkahwin. Bukankah bertunang itu belum lagi ada ikatan sah? Kadang kala kami adik beradik berasa kurang selesa dengan kehadiran tunangnya ke rumah.

Kami segan untuk berbaring atau melakukan apa jua. Dia sebagai perempuan sepatutnya mempunyai perasaan segan dan harga diri.

Malah ada juga saudara-mara yang memberi teguran tapi ibu dan bapa saya seperti tidak boleh menerima teguran kerana menyangka mereka menyibuk.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk membuka mata kedua-dua orang tua agar mereka menegur kelakuan adik serta tunangnya yang dianggap kurang manis serta berlebihan?

ADIK PEKA
Kuala Lumpur




DR ucapkan terima kasih atas keprihatinan adik atas apa yang berlaku kepada ahli keluarga. Memang benar, bukan mudah untuk adik berbincang dengan ahli keluarga dalam menghuraikan masalah ini.

Apatah lagi dalam budaya Timur, luahan perasaan sesuatu yang kurang berlaku.

Memandangkan ramai ahli keluarga yang tidak selesa dengan tingkah laku adik dan tunangnya, perbincangan secara terbuka adalah baik. Perbincangan secara terbuka ini sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan adik.

Ia adalah sebahagian daripada proses teraputik dan bersifat katarsis.

Ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan adik beradik kerana menunjukkan adik mengambil berat apa yang berlaku. Jika ibu bapa tidak dapat menerima teguran saudara-mara, cari saudara-mara yang ayah dan ibu sangat menghormati dan dengar segala nasihat atau pandangannya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...