nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Saturday 19 November 2011

Tahap stress pelajar hari ini tinggi




Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.
 
Sebenarnya sistem pada pendidikan pada hari kalau kita lihat hanya memenuhi tuntutan akademik ataupun akdemik sahaja padahal sebagai orang Islam kita semestinya pandai menyeimbangkan kesemuanya samada dari segi akademik, jasmani dan rohani.
 
Manusia pada hari sudah lupa bahawa hanya dengan kembali mendekatkan diri dengan Allahlah yang akan dapat menenangkan hati yang gundah gulana. Apatah lagi sekiranya kita terlampau stress kerana kerja yang perlu disiapkan terlampau banyak.
 
Apabila manusia itu telah mendapat ketenangan jiwa maka senanglah untuk dirinya memperhambakan diri kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Al-Zariat: 56)

Adakah kita telah muhasabah diri kita kenapa kita stress? Sekiranya belum sama-samalah kita renungkan bahaawa ayat di atas tadi apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ini? Moga-moga dengan sedikit ilmu ini kita dapat sama-sama amalkan. Insyaallah.

1 comment:

  1. Stress pd hri ini dialami oleh semua org tanpa mengira pangkat dan golongan. Stress sekiranya disalurkan ke arah yg betul boleh mendatangkan kepada kita kebaikan yg 2 kali ganda lg baik dr yg sebelumnya. Sbb apa saya kata mcm? sbbnya dia pandai mengurus stress..

    ReplyDelete

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...