nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Thursday 23 August 2012

Cemburu rakan jadi rebutan


SAYA pelajar tahun pertama di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di selatan tanah air. Saya seorang pelajar yang sederhana dari segi pelajaran, rupa paras dan kekayaan.
Untuk pengetahuan Dr, saya dapat memasuki IPTA melalui ijazah diploma. Saya agak tertekan kerana cemburu dengan seorang rakan universiti.

Dia cantik, pandai dan datang daripada keluarga berada. Dia masuk melalui matrikulasi. Umurnya lebih muda daripada saya, tapi dia nampak jauh bergaya.
Ramai pelajar universiti cuba menjadikan dia teman wanita.

Saya perhatikan pelajar lelaki di kampus hanya memberi tumpuan kepada pelajar perempuan cantik saja. Saya anggap mereka sebagai miang dan gatal.

Saya cemburu pada dia. Kadangkala saya terfikir mengapa saya tidak sepandai, secantik dan sekaya dia. Ini membuatkan saya sedih dan menangis. Saya juga sering rasa rendah diri.

Siswi Rendah Diri,
JOHOR




DR merasa empati dengan bapa yang adik alami. Sememangnya, secara psikologi, setiap individu ingin disayangi dan dihargai. Individu akan berusaha untuk berkembang bagi mencapai kesempurnaan yang subjektif.

Perasaan rendah diri boleh berlaku apabila individu membuat perbandingan dengan orang yang mempunyai kelebihan dengan dirinya. Apabila adik mula membuat perbandingan dengan rakan yang adik persepsikan sebagai ‘lebih pandai, lebih cantik dan lebih kaya’, konsep kendiri akan rendah. Adik mula mempersoalkan banyak ciri dan sifat yang adik miliki.

Berasa cemburu adalah sifat semula jadi manusia. Lumrahnya, tidak salah berasa cemburu, tapi jangan ia memakan diri. Sebaliknya, jadikanlah rasa cemburu itu sebagai pembakar semangat adik lebih berjaya dalam hidup.

Kejayaan memasuki universiti adalah satu potensi diri dan membuktikan adik seorang yang pandai. Melalui potensi diri ini, adik boleh meningkatkan lagi kejayaan dalam pelajaran daripada usaha yang bersungguh-sungguh.

Beri fokus dalam pelajaran dan belajar berhenti membuat perbandingan dengan orang lain.

Imam Al-Ghazali menjelaskan, ‘raihlah ilmu dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar’. Untuk bersifat tenang dan sabar, melihat kelebihan orang lain perlu dijauhi.

Mengenai pandangan adik bahawa lelaki memang sukakan perempuan cantik saja, mungkin ada kebenaran–nya kerana setiap yang indah itu memang suka dilihat.

Tapi, ini tidak bermakna setiap lelaki mendapat pasangan wanita cantik. Ini kerana kecantikan itu bersifat subjektif dan pada mata yang memandang dan tiada wanita yang tidak cantik.

“Kecantikan seorang perempuan bukan pada kehalusan wajah tapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang penuh kasih memberikan perhatian dan cinta”. Soal membina hubu–ngan adalah soal hati. Soal perkahwinan adalah soal jodoh.

Mengenai teman lelaki, biarlah perhubungan itu datang tanpa dipaksa. Jika yakin dan selesa pada diri sendiri dengan sendirinya orang melihat keikhlasan diri adik. Perhubungan juga terjalin apabila orang melihat kita selesa dengan diri sendiri. Apabila diri selesa, orang lain pun akan selesa dengan kita.

Satu hari nanti, apabila adik bertemu lelaki yang ikhlas untuk menjalin hubungan dengan adik, ketika itu cinta ialah apabila adik bertemu dan membuat pilihan yang tepat. Ketika itulah juga ruang kosong di antara celah jari adik dicipta untuk dipenuhi jari kekasih.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...