Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya
bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk
menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa
kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi
mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing
mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan
sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai
benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti
kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun
air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan
alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang
bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah
dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan
usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di
samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil
juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak
mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan
menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari
air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan
kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan
lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa
proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap
sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah
yang kecil seperti enterobacter, streptococcus,
dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu
pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman
yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil
penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan
mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam
bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan
Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika
mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui
kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai
separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah
menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang
bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air
merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat
menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak
berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah
kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada
tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah
binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke
rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor
kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu
minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu
hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW
pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling
di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu
Majah).
Diriwayatkan
Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu
daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku
ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju
bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum
lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau
menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori
sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan
dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya
memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah,
tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah
melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang
disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak
najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw
berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni).
Kalaulah
bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan
bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan
pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw
sejak 1500 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment