nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Sunday 1 January 2012

Period: Berapa Banyak, Bila?

Sebaik sahaja kamu lebih mengenali kitaran haid kamu, kamu akan tahu apa yang normal dan apa yang luar biasa. Sekiranya kamu seorang atlit atau menjalani diet yang keterlaluan baru-baru ini, kamu mungkin melihat terdapatnya perubahan pada kitaran haid kamu. Apabila perubahan ini berlaku, kamu mungkin perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui penyebabnya.

Apa maknanya apabila saya mempunyai haid yang tidak tetap?
Haid yang tidak tetap bermaksud yang kamu tidak didatangi haid setiap bulan. Ia mungkin ada pada bulan ini dan tiada pada bulan berikutnya atau ia mungkin datang secara jarang-jarang dari masa ke semasa. Kitaran yang tidak tetap ini biasanya dalam istilah perubatan dikenali sebagai metroragia. Kamu sebenarnya mengalami haid di antara tarikh yang kamu dijangka untuk haid. Ia mungkin disebabkan oleh:
Apa maknanya sekiranya haid saya terlalu sedikit dan terlalu jarang berlaku?
Apabila kamu mengalami aliran haid yang sedikit yang berlaku setiap 35 hari atau lebih, dan kamu mungkin mendapat oligomenorea. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Hormon lelaki berlebihan dalam tubuh yang disebabkan oleh sindrom ovari polisista
  • Tiada telur yang dibebaskan oleh ovari (tiada ovulasi)
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan yang kurang disebabkan diet keterlaluan
  • Aktiviti fizikal yang terlalu keras

Apa maknanya jika haid saya datang terlalu kerap?
Sekiranya kamu didatangi haid setiap dua atau tiga minggu, kamu mungkin mengalami
polimenorea. Pendarahan haid ini berlaku kurang dari selang 3 minggu. Ia mungkin di alami
semasa dua tahun pertama selepas period kali pertama. Ia juga mungkin disebabkan oleh:
  • Tiada ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan tak seimbang
  • Aktiviti fizikal yang terlalu banyak

Apa maknanya jika haid saya datang setiap bulan tetapi dengan aliran yang terlalu
banyak?
Kamu mempunyai kitaran haid yang tetap tetapi terdapat faktor lain yang menyebabkan aliran kamu menjadi banyak. Pendarahan banyak ketika haid dipanggil menoragia. Ia biasanya berlaku apabila aliran darah semasa haid lebih dari 5 sudu besar atau 80 ml. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Ketumbuhan seperti polips atau sista pada uterus
  • Tiada ovulasi berlaku untuk satu jangka waktu lama

No comments:

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...