nuffnang

c

3D Letter B

Followers

Friday 2 December 2011

6 Tanda Wanita Meminati Anda

Anda meminati seorang wanita @ awek cun tapi dalam masa yang sama tidak tahu sama ada dia punya perasaan yang sama.  Bagaimana anda ingin tahu perasaannya terhadap anda?
Jom lihat 6 tanda berikut bagi menyelesaikan kekusutan itu.
Cari Cara Mendekati
Dia sengaja bertembung dengan anda, menegur anda di hadapan kawan-kawan, mengajak anda makan, keluar bersamanya dan banyak lagi.  Jika itu dia lakukan, itu tandanya dia menyukai anda namun malu untuk berterus terang.
Perlihatkan Melalui Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh jarang menipu.  Lirikan mata, cara dia menjaga tutur kata, perlakuan, senyuman, penampilan dan sebagainya ketika bersama anda. Umpamanya dia memandang tepat di bahagian tubuh, mendengar anda bercakap dengan tekun, bila bercakap dia mengusik-ngusik rambutnya, memerhati saat anda menghirup minuman malah meniru sedikit perlakuan anda.
Sanggup Luangkan Masa
Jika wanita meminati anda, tiada alasan diberikan jika anda mengajaknya keluar.  Dia akan terus bersetuju  dan sudi meluangkan masa.
Ingin Tahu Semuanya
Jika dia ingin mengambil tahu semua tentang diri anda.  Ini termasuk hal keluarga, latar belakang anda, apa yang anda sukai dsb.  Biasanya dia akan membuat anda senang di sisinya dalam apa saja situasi.
Cemburu
Tiada wanita yang menyukai saingan.  Oleh itu tatkala anda berbicara dengan wanita lain termasuklah rakan sekerja, dia akan rasa cemburu.  Apatah lagi jika anda berbual mesra dengan wanita tersebut.
Merancang Masa Depan
Jika wanita menyukai lelaki, dia biasanya akan menyatakan tentang simpanan, masa depan, soal anak-anak, soal rumah dan sebagainya pada lelaki yang diminati.  Jika inilah soalan-soalan ditanyakan, tandanya dia memang meminati anda dan mahu jadikan anda sebagai kekasihnya.
Dapatkah itu merungkai masalah anda?

1 comment:

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...